Skip to main content

Posts

Featured

Di Sisi Katil Ayah

Ayah aku terbaring, diam dalam usia yang hampir sembilan puluh. Tubuhnya sudah tidak lagi kuat, tapi kehadirannya masih berat di hati aku, berat dengan tanggungjawab, berat dengan kasih. Strok meragut suara ayah, meragut langkahnya, dan meninggalkan kami dengan satu amanah: menjaga seorang manusia yang suatu masa dulu menjaga segalanya. Aku berulang-alik. Jalan ke Yan jadi saksi, bukan kerana aku gagah, tetapi kerana aku takut jika aku tidak pulang, ayah akan dilupakan. Di rumah itu, bukan hanya ayah yang uzur. Mak juga sudah lama penat. Penat memikul kata-kata, penat menelan tuduhan, penat dipersalahkan atas luka yang bukan dia ciptakan. Ada manusia yang bila hatinya rosak, dia akan cari orang lain untuk menampung runtuhnya diri sendiri. Dan dalam diam yang kejam, mak dan ayah aku menjadi mangsa paling senyap. Ayah tidak menjerit bila lampin tidak ditukar. Ayah tidak merayu bila tubuhnya tidak dimandikan. Ayah hanya memandang kosong, dan aku belajar satu keb...

Latest Posts

Bukan Semua Orang Suka Kita

Training AIA Vitality

33

Selamat Tahun Baru 2018

2017 Yang Lebih Baik

Proton Persona Baharu

Keburukan vs Kebaikan

Menjejaki Puteri Mandi

Plantar Fasciitis

7 Jenis Sombong Yang Dilaknat Tuhan