Menjejaki Puteri Mandi

Hello world!!!

Tengok tajuk macam sikit lucah..hehe, tapi tu lah realitinya..10 November lepas aku dengan berberapa orang rakan dari AOR Fit Clan decide untuk buat aktiviti hiking sikit.. pada mulanya kami ingat nak panjat Gunung Jerai, tapi tukar keputusan last minute untuk panjat Jerai, takut tak sempat turun balik ja..huhuhu. Jadi kami ambil keputusan untuk rukar route ke Air Terjun Puteri Mandi yang mana terletak di Gunung Jerai jugak..

Ni lah rupa Air Terjun Puteri Mandi dari Titi Bakong, Yan

Mula mandaki jam 8.30 pagi.. jalan relax-relax..landai lagi..haha..
Mulanya ingat relax2 chil2 ja track dia..huhuhuh..tapi sangkaan kami meleset..





Sebenarnya dah sampai kat sini pun dah penat dah.. ni pondok pam air...1st checkpoint dia.. boleh access ke sini dengan motosikal, ada denai dibuat dari simen...tapi serius teruk jugak nak lalu dia...
Rehat sat dlm 5 minit kat sini.. topap coke dalam perut konon-kononya nak tambah tenaga la..haha...so perjalanan diteruskan lepas tu..


ni orang kedah kata "buah mola"



Ada salah sorang dari kami yang cakap trek ni tak mencabar, kurang dari gunung keriang katanya... aku cakap kat dia "rileks dl..satgi jumpa la yg susah"

Time ni sapa pun x larat dah nak amik gambar.. sampai lah jumpa satu sungai..lepas tu cabaran sebenar bermula..Lintas ja sungai tu, terus level mendaki semua 45 darjah dengan 60 darjah.. naik turun.. sampai lah ke tempat yang ingin dituju tu.. rasa mcm nak cabut lutut rendam dalam sungai bagi sejuk.. teruk ya Rabbi..

ambil gambar dulu sebelum lintas sungai

aaa senyum lah fiza, lepas ni nak melingkup dah..hahaha

muka sirr terkejut lepas mat sopi cakap lepas ni semua "bukit tonggek"

Bermulalah epik mendaki...

dah cekak pinggang dah...letih lettewwww...

antara tempat menyinggah.




Ok boleh layan gambar bila dah sampai sikit. time ni nak bercakap pun tak nak dah..penat...hahaha

ini ghope air terjun dia... ketinggian dalam 200meter lebih. aku main agak-agak ja.

ini Dr. Amira dengan adik-adik dia, kami jumpa depa ni dalam perjalanan, jadi kami ajak lah join skali..

Jarak perjalanan boleh kata dalam 3KM, perjalanan ambil masa dalam 2jam 30min. tapi aku ada dengar cerita ada group yang ambil masa 1jam 15minit.. laju tu... 

Lepak-lepak bagi hilang penat..selfie dulu satu kali..


sirr sedang test performance iPhone dia..baru beli...

Aza dan Sirr Apak


OK bergegas turun sebab kena sampai rumah sebelum jam 2 petang, aku janji dengan mak ayah aku nak bawak depa pi kenduri.. lol!

sebenarnya ni pertama kali aku sampai air terjun puteri mandi ni walaupun aku boleh tengok air terjun ni dari tingkap bilik aku ja di rumah. sangat dekat dengan rumah aku.. 

On the way turun tu kaki aku cramp n aku jatuh tergolek dekat satu curam. kbai!!




Comments

  1. Wow...olahan yg menarik...
    Terasa mcm ada dlm group tu join skali...
    Tahniah tuan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts