Apa yang sudah pergi, biarkanlah ia pergi
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan...dah lama tak buka blog ni..dah berkarat, bersawang..penuh dengan habuk-habuk sebagainya dek kerna sibuk menguruskan hidup yang tunggang langgang dan berkecamuk...Sempat jugak ubah sikit2 layout dan template walopun guna yang standard dari blogger..sekurang-kurangnya dah x nampak mcm blog yang lama, yang byk memaparkan tentang fotografi semata-mata kerana segala content tentang fotografi dah di ubah ke www.hazwanhussain.wordpress.com ya, mmg masih blum lengkap dan siap yang wordpress tu pun..hehehe..
So utk 1st entry selepas lama diam membisu...aku nk petik dari tulisan Dr. 'Aidh bin Abdullah al-qarni tentang mengingati masa lalu terutamanya yang boleh membuatkan kita bersedih..aku dah lalui perkara ini dan aku akui memang amat2 perit...
Mengingat-ingat masa lalu dan bersedih hati kerananya adalah satu tindakan bodoh dan gila. Lebih dari itu, ia boleh mematikan kehendak dan membinasakan masa depan.
Bagi orang-orang yang waras, fail masa lalu itu sepatutnya dilipat dan disimpan, buka dibuka dan dipersoalkan. Ia perlu ditutup buat selama-lamanya dan dikurung di dalam penjara kelupaan, diikat dengan gari di dalam kurungan yang kuat hingga ia tidak dapat keluar. Ianya perlu diperap sedemikian rupa supaya ia tidak terkena cahaya, sebab ia adalah sesuatu yang sudah berlalu dan sudah selesai. Maka ia tidak mungkin kembali dengan apa juga kesedihan, tidak dapat diubah dan diperbaiki dengan apa juga kedukaan, tidak dapat dihadirkan semula dengan apa juga kegelisahan, dan tidak dapat dihidupkan semula dengan apa juga kebingungan - Ia adalah sesuatu yang sudah tiada.
Jangan biarkan hidupmu dihantui masa lalu, jangan biarkan dirimu sentiasa dibayangi oleh sesuatu yang sudah berlalu. Lepaskanlah dirimu dari pengaruh dan bayangan masa lampau. Adakah anda mahu mengembalikan sungai kepada sumber mata airnya?? Memulangkan matahari kepada tempat terbitnya?? mengembalikan kanak-kanak ke dalam rahim ibunya?? air susu kepada puting susu haiwan?? dan air mata kepada mata?? Sesungguhnya meratapi masa lalu dan menangisinya akan membuatmu terbakar dengan apinya. Kembali ke pangkuan masa lalu sama saja dengan meltakkan diri anda dalam kemelut dan tragedi yang sangat dahsyat dan menakutkan .
Hidup sambil mengungkit-ungkit masa lalu bermakna mensia-siakan masa sekarang, mengoyak-ngoyak perjuangan, dan memporak-perandakan masa kini. Allah s.w.t sudah menceritakan tentang umat-umat yang lampau dan apa yang sudah mereka lakukan. "Yang demikian itu adalah satu umat yang sudah berlalu. " Segala sesuatunya sudah selesai bagi mereka. Tidak ada gunanya lagi menghurai dan memanjangkan cerita perjalanan masa kerana ia sama sahaja dengan memutar semula perjalanan sejarah.
Sesungguhnya orang yang kembali kepada masa lalu sama dengan orang yang menggiling tepung atau orang yang menggergaji dedak kayu tetapi dirinya sendiri turut tergilas sama. Terdapat ungkapan lama terhadap mereka yang suka meratapi masa lalu : "Hei, jangan keluarkan mayat-mayat itu dari kubur mereka." Ada disebutkan bahawa mereka yang boleh bercakap dengan bahasa haiwan, mereka bertanya kepada keldai : "Mengapa engkau tidak menarik kereta lagi?? Si keldai menjawab : "Aku tidak suka menipu "
Malangnya kita tidak mahu dan berusaha menangani masa kini, sebaliknya kita sibuk memikirkan masa lalu kita. Kita mensia-siakan istana kita yang megah, sebaliknya kita pula sibuk menguruskan runtuhan-runtuhan bangunan lama. Sekiranya manusia dan jin bekerjasama dan bertungkus lumus untuk mengembalikan masa lalu itu, nescaya mereka tidak akan berjaya, sebab pada dasarnya ia adalah mustahil!!
Sesungguhnya manusia tidak perlu menoleh atau berpaling ke belakang, sebab hembusan angin sentiasa menghala ke depan, air mengalir pun menuju ke depan, kafilah berjalan pun ke arah depan. Justeru, jangan cuba menentang arus dan aturan hidup, Sunnah Alam........

nice entry!kip it up =) la tahzan!
ReplyDeletethanks sarah!! lama x bersua kita....;a tahzan byk membantu saya...=)
ReplyDeletesama2 kita hijrah ke arah yg lebih positif...insyaallah..amin...
ReplyDeleteyeahhh...buku La Tahzan ni jgk la "teman setia" sy di kala b'duka, di kala t'sungkur...pd saat kita jatuh, kita perlukan motivasi utk bangkit semula!
ReplyDeleteterasa mcm nak share aebanyak mungkin isi kandungan la tahzan kat sini...sekurang2nya dpt jugak org yg x sempat nk bli atau baca bukunya bleh baca di sini sedikit sebanyak dpt membantu...rs2 ok x sarah
ReplyDeleteb'kongsilah sambil awak meluahkan apa yg t'pendam di ati awak, if itu yg dpt berikan ketenangan...kdgkala kita perlu m'cari 'ruang yg sepi' utk dr kesibukan manusia yg ramai...selama mana ramai yg m'baca tulisan Dr 'Aidh, beliau akan m'dapat manfaat..Begitu jua buat diri awak sbg penyampai..namun eloklah di'quote'kn nama author/sumber rujukan bg setiap infonya agar tiada pihak yg salah sangka...
ReplyDeleteYe, sbb 2 mula2 lg sy garapkan nama dr.aidh di awl2 entry ni :-)
ReplyDelete