Proton Persona Baharu

Semalam Proton telah melancarkan model baharu mereka, Proton Persona.

Persona yang baharu ini adalah kesinambungan dari Persona generasi pertama (CM6). Salah satu Persona generasi pertama yang paling kerap aku pernah naik adalah kepunyaan aku sendiri la. Kalau generasi pertama dulu dibina berasaskan platform Gen-2, Persona generasi kedua ini pula dibina berasaskan platform Iriz.

Sebenarnya kalau ada model yang mampu mengembalikan Proton sebagai market leader, maka Persona adalah salah satu darinya (selain dari Saga baharu dan MPV berasaskan Suzuki Ertiga yang akan dilancarkan tahun ini juga). Proton Perdana yang baru lancar berapa bulan sudah tu tak boleh diharapkan sangat kerana ia kereta segmen-D dan pasarannya kecil.

Pun begitu, hari ini Malaysian Automotive Association (MAA) telah mengumumkan data jualan kenderaan Malaysia untuk Julai 2016. Dan data jualan nampaknya tidak memihak pada Proton sekali lagi:

Julai 2016

1) Perodua - 15,121
2) Honda - 7,827
3) Toyota - 5,028
4) Proton - 3,866

Januari - Julai 2016

1) Perodua - 112,491
2) Honda - 47,481
3) Proton - 39,593
4) Toyota - 32,277

Allahu, Proton. Nampaknya Persona yang baru lancar semalam kena betul-betul laku keras. Kalau tidak, parah...

Lucius Maximus

Comments

Popular Posts