Sahur, Amal Jariah dan pasca Qunut
Pada 11 Ogos 2012 (12 Ogos sebenarnya) aku letak tepi malu
aku nak join satu majlis bersahur bersama-sama anak-anak yatim perajurit Kilang
Lama, Kulim. Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar walaupun ada sedikit
masalah komunikasi di mana pihak rumah anak yatim tersebut tak dapat kepastian
hari apa sepatutnya majlis tu berlangsung, takpa lah...kecik punya hal..
sepatutnya start pada pukul 4.30 pagi, tapi terlajak ke 5.10 pagi...aku sampai
10minit awal, aku jenis titik berat sikit bab masa ni..xda lah berat
mana...titik berat sikit saja...warden kejutkan anak-anak yatim semua untuk
turun makan..depa semua ambil makanan dan makan..seronok aku tengok depa makan,
jauh disudut hati aku kesian tengok depa, sepatutnya depa bersahur dengan
keluarga masing-masing. Apalah yang depa rasa kan?
![]() |
Waktu ni anak2 yatim ni semua dah habis makan, so tinggal penganjur baru nak sahur |
Lauk-pauk yang disediakan boleh tahan sedapnya terutamanya
gulai daging. (terima kasih pada katering -Annisa Ventures Catering kalau tak silap dan beberapa sumbangan peribadi yang
lain), Tujuan aku sebenarnya nak merasa dan menyelami perasaan anak-anak yatim
tersebut, tak bersahur di samping keluarga. Aku pun pernah merasa masa sekolah
dulu, ya lah..aku kan dok asrama di taiping, 5 tahun sahur jauh dari keluarga,
tapi kondisinya berbeza sebab aku masih punyai ibu dan bapa, lain dengan depa
ni..depa ni golongan anak yatim..ada sesetengah dari depa ni yatim piatu, yakni
tak punya ibu dan bapa, hidup sebatang kara. Tapi masa terlalu singkat untuk
aku berborak dengan depa..semua pakat rushing,. Aku juga hadir atas kapasiti untuk menyampaikan sumbangan peribadi
yang tak banyak mana..sekadar mampu sahaja dengan harapan dapat meringankan
beban anak-anak yatim tersebut, Insyaallah.
![]() |
Kesian tengok depa...hurm....abang doakan hangpa berjaya 1 hari kelak |
Waktu selesai pun ngam2 dengan azan subuh, kemas-kemas
barang dan aku sempat ambil beberapa keping foto buat kenangan peribadi..dan
jugak foto-foto (group photo) individu yang terlibat secara langsung..aku ni
terlibat secara tak langsung sebenarnya sebab aku menyelit saja, macam aku kata
tadi..tujuan aku nak dpt pengalaman, nk selami perasaan dan nak sampaikan
bantuan.
![]() |
Bersama penganjur-penganjur |
Ok lah, semua pulang lepas simple group photo, aku bergegas
ke surau KTC 3 untuk tunaikan solat subuh berjemaah, pulang kerumah dengan rasa
syukur dapat meraikan dan membantu walaupun hanya sedikit, ya lah, pengalaman
baru. Kita pun ada rezeki lebih sikit yang Allah s.w.t bagi..apa salahnya kita
kongsi dengan anak-anak yatim..besar pahalanya tu....
Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad)
Comments
Post a Comment