Kali ni berkisar tentang Proton dan pusat servisnya..tapi bukan lah aku yg hadapi masalahnya.. =) Aku miliki sebuah Proton Persona yang aku beli pada tahun 2008, maknanya sudah 4 tahun aku drive kereta tu..dalam jangkamasa 4 tahun, ada lah few things yg jadi dekat kereta in terms of quality tapi bukan la major breakdown sgt sampai kereta tak boleh gerak atau tak boleh start..oh ada yang tak boleh start..last year..tu pun sbb bateri habis..my fault..hehe..
Cuma 2 perkara yang bg org lain mungkin ianya "Major Problem"..aku Cuma hadapi masalah IAFM (Integrated Air-Fuel Module) yg berbunyi...agak tak best bunyi dia especially bila dalam low RPM (dia slalunya bunyi bila compressor aircond start, itu yg paling jelas kedengaran), yg kedua aku hadapi masalah seluruh carpet dlm kereta aku basah kuyup especially dia bahagian depa..sampai air bertakung di lantai..haa....yg ni mmg salah proton...depa pasang aircond drain pipe tak betul..air yg sepatutnya mengalir keluar, mengalir masuk ke dlm kereta..yg ni bahaya sebab berkatitan dengan wiring bagai...aku bab lain takpa lagi..bab wiring aku risau sgt2...spark skali..terbakaq kereta la bang....tapi both of the problems dpt disetelkan dengan jayanya oleh lelaki2 macho di Proton Service Centre..Untuk IAFM..dah 3 kali aku tukar..no problem sebab kereta aku still running under warranty..aku dpt waranti 5 tahun dari proton..kira aku ni golongan yang bernasib baik...hehe..sama juga kes carpet basah tu..aku claim under warranty jugak.. So tiada sebarang caj dikenakan..Cuma kdg2 tu tidur kat SC jugak la dari pagi smpai petang hehe..alah...aku dah selalu macam tu..dulu masa tolong akan aku servis vios dia pun macam tu jugak..aku tidur kat SC Toyota dari pagi sampai petang..dah bangun pun kereta tak siap lagi..hehe.
 |
Integrated Air-Fuel Module (IAFM) |
 |
dah 4 tahun aku drive Persona ni. =) |
Bagi aku tu perkara normal la bagi orang yg memiliki kereta "Brand New"..yg pertamanya..pasti ada masalah berbangkit terutamanya dari segi kualiti dan after-sales sevices..bab menunggu lama di SC..ermm..tu perkara biasa kot kalau nk buat major service...servis plak nak kat tempat yg memang ramai pegi kat situ (sebab servis dia bagus dan cepat selesaikan masalah). Kalau nak pi servis kat SC yang macam ni, kesabaran tu kena la lebih. Kita nak benda jadi baik..kita pun kena la jadi baik....sekejap pun jadi lah...hehe
Masalah yang kecil-kecil pun ada jugak yang jadi..tipu lah kalau aku cakap takda langsung kan...dulu masa mula-mula beli..isi minyak full..tapi meter tak tunjuk full pun, so aku hntaq ke SC dan depa pun tukaq la "fuel sender" tu..alah..free ja..sekupang pun aku tak perlu bayar..yang lain-lain banyak aku solve sendiri..cara nak sove sendiri?? Kena lah rajin-rajin jenguk forum.. dulu aku aktif jugak dalam www.thepersonaclub.com, aaa..kira sampai jadi Vice HOR ( Head of Region ) yg macam best haha...kat situ macam aku belajar nk solve problem yg kecil-kecil ni..dan kat situ jugak lah contohnya aku tak boleh nak solve problem tu sendiri..then aku akan bertanya..ada rakan-rakan akan bantu kita mencadangkan tempat atau pun individu yang terbaik untuk kita rujuk supaya dapat selesaikan masalah .. So pada siapa yang beli model proton yang baru tu..rajin-rajinkan lah diri jenguk forum..
Aku ada jumpa beberapa individu yang kononnya upset gila dengan Proton.. macam-macam dia complain pasal kereta dia ( Persona actually hehe ), sepanjang yang aku tengok..kereta dia takda lah masalah yang pelik-pelik sebenarnya..Cuma fuel consumption dia agak tinggi..biasalah bagi kereta Auto. Aku pernah bagi nasihat suruh refer balik pada pihak Proton dan aku minta dia refer kat pusat servis yang boleh dipercayai contohnya di Juru, Penang sebab kebanyakkan kawan aku yang hadapi major problem Alhamdulillah selesai bila hantar kat situ. Sebenarnya aku rasa Pusat Servis boleh tukar computer box dia sebab kereta dia masih dalam waranti Cuma kena selalu liase dengan depa ni. Insyaallah nanti selesai kalau kita minta tolong depa elok-elok..cakap elok-elok dengan depa..depa pun manusia..ada hati perut jugak. So kita pun patut layan depa mcm manusia jugak bagi mengelakkan depa layan kita serupa lembu ok!!!
 |
Pusat Servis Proton, Juru Auto-City |
Satu lagi, bila kita miliki kereta tu..tetiba kereta tu ada masalah, tak payah la kita nak maki hamun bagai...nak kata frust dgn proton bagai.tak kisah la brand apa pun...kena ingat...What comes around, goes around..bersyukur lah dengan apa yang kita ada, kalau kancil pun..kancil la..kelisa pun kelisa lah..kalau dtg masalah pada kereta tu, mungkin dah sampai waktunya untuk ditukar barang2 tu bagai..tak pun tiba waktu Allah nak uji kita..kita terima lah.. bukan apa...kalau kita dok buat perangai mcm tu la ni..depan2 nanti kita tukaq pakai ferrari pun Allah bleh uji kita mcm2. Bukan nak kata aku ni baik or apa ka kan..tapi Alhamdulillah..aku bersyukur dengan apa yang aku ada la ni...ada masalah pun aku tak maki2 ataupun luahkan kekecewaan aku sambil cakap "aku tobat dah xmau beli proton lepas ni" haha...bukan xdak masalah kat kereta aku..Cuma masalah tu takda la buat aku rasa beban gila baq hang...aku keep cool..bertenang...beristighfar dan cari jln penyelesaian...kena Allah letak rezeki hangpa bleh beli proton ja sampai mati.,baru padan muka hangpa..bila dok maki2 bagai..lagi la banyak benda yg pelik2 jadi..itu pendapat aku la...pendapat orang lain aku taktau macamana..
So be rielax!!! Jgn bengang2.... setiap masalah ada jalan penyelesaian
Comments
Post a Comment