Jangan berdukacita kerana berdepan dengan pelbagai kesukaran

Tujuan aku menulis bukan untuk tunjuk baik atau buat drama melayu ke apa ke. Tujuan aku menulis untuk share dengan siapa sahaja yang baca entri ni, share apa yang aku rasa, share apa tindakan yang aku ambil  dan share apa yang aku baca dari sumber-sumber yang lain..Sejak aku hadapi pelbagai masalah dan kesukaran dalam hidup,dari tahun 2002 sehinggalah 2-3 hari yang lepas. ia banyak mengubah diri aku, baik dari sikap, pemikiran, tindakan dan sebagainya yang mana aku pun taktau samada apa yang aku buat tu betul atau tak, bukan senang nak mengubah diri dari seorang macam-macam masalah, bikin masalah, nak ubah diri dari seorang yang panas baran, nak ke manusia yang lebih cool sikit, dari bercakap kasar dengan orang, ke bercakap yang lebih sopan dan berbudi bahasa dengan orang..semua tu kita tak boleh ubah dalam masa sehari dua..kalau bertahun pun, orang kata saki baki "dark side" tu masih ada..orang yang kenal aku lama tahu lah aku macamana dulu..tapi takpa..yang penting kita tetap cuba untuk ubah hari demi hari..terus istiqomah walaupun kadang-kadang mengundang rasa tak puas hati, rasa marah dari sesetengah pihak..kita bukan malaikat..aku tak mampu untuk puaskan hati semua orang .itu semua dugaan dan kesukaran yang kita hadapi dalam mencari nilai diri kita yang sebenar.


Dalam perjalanan untuk cuba menjadi hamba Allah yang lebih baik, Buku La Tahzan karangan Dr. 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni sering aku jadikan rujukan untuk mengelakkan aku dari terus sugul, bersedih dengan ujian yang menimpa. Berikut adalah isikandungan dari buku beliau yang mungkin dapat membantu untuk kita tidak berasa dukacita dalam berdepan pelbagai kesukaran dalam hidup.


Sebenarnya apa juga bentuk kesusahan akan menguatkan hati, menghapuskan dosa, melenyapkan rasa ujub dan menguburkan rasa sombong.

Kesusahan-kesusahan itu akan mengelakkan kelalaian, menyalakan zikir, menarik kecintaan sesama manusia, menjadi doa yang dipanjatkan oleh orang-orang yang soleh, merupakan bukti ketundukan kepada penzalim merupakan satu penyerahan diri kepada Zat yang Esa. Satu amaran awal, satu usaha untuk menghidupkan zikir, satu usaha untuk menjaga hati dengan bersabar, satu persiapan untuk menghadap Allah dan satu hal tidak cenderung pada dunia, merasa aman dan tenang dengannya.

Kerana kelembutan yang tersembunyi itu jauh lebih banyak, dosa yang ditutupi itu jauh lebih banyak dan kesalahan yang dimaafkan juga jauh lebih banyak.

SIKAP

Jangan bersusah hati kerana ia hanya akan membuatmu lemah dalam beribadah, malas untuk berjihad, putus harapan, mengheretmu untuk berburuk sangka, dan menenggelamkan anda ke lembah pesisisme.

Jangan berdukacita sebab rasa sedih dan susah hati adalah akar pelbagai penyakit jiwa, punca penyakit saraf, penghancur jiwa, dan penyebar keraguan dan kebingungan.

Jangan berdukacita sebab ada Al-Quran, ada doa, ada solat, ada sedekah, ada perbuatan baik, dan ada amalan yang memberi manfaat.

Jangan berdukacita dan jangan sesekali menyerah kepada kesedihan dan tyidak melakukan sebarang kegiatan, Solatlah... bertasbihlah... bacalah... menulislah...bekerjalah... terimalah tamu...bersilaturrahimlah... dan merenunglah... 

Allah s.w.t berfirman, ertinya:

"Dan Tuhan kamu berfirman: ' Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu'." (Surah Al-Mukmin : ayat 60)

"Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas." (Surah Al-A'raf : ayat 55)

"Oleh itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya (dan menjauhi bawaan syirik)." (Surah Ghafir: Ayat 14)

"Katakanlah (wahai Muhammad): 'Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia' (Asmaul Husna) (Surah Al-Isra': Ayat 110).


Jadi jangan lah berdukacita kerana berdepan dengan pelbagai kesukaran, teruskan niat kita yang baik, teruskan hidup, teruskan beribadah, Allah bersama dengan kita. Jika kita tak mampu nak puaskan hati orang lain, percayalah Allah menilaimu dengan lebih baik. Yang penting..IKHLAS =)


Comments

  1. La tahzan, utk kamu, utk aku dan utk smua... Biarkn manusia yg sombong dan taksub, serta ujub dgn diri sdri.. Bilamana ketika langit runtuh di atas kepalanya, maka saat itu dia terbenam di dlm lubang kuburnya sdri...

    ReplyDelete
  2. Insyaallah kak...teruskan positif utk meningkatkan taraf hidup

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts