Abdullah : Episod 1

Kembali..kembali..kembali!!! bosan dok di studio.. nothing to do, just sit down and relax..dok plan apa nak buat esok pulak..so aku decide nak menulis la sikit...tulis pi la..bukan ada org nak baca..kalau ada orang baca tu kira bonus la untuk aku..hahaha

dua tiga minggu lepas...ada sorang sahabat aku...sahabat la..bukan kawan biasa, Abdullah diberi nama.. seperjuangan, selapangan dengan aku jugak.. Rajin jugak kami berdiskusi..cewwah..berdiskusi..selalunya hal-hal melibatkam sales..close case ke tak...nak cari market baru dan sebagainya tapi kali ni topik dia lain sikit...  Katanya lah sikit... tapi bagi aku itu luar dari norma hidup Abdullah, tak pernah-pernah dia bunyi pasal hal ni..

Macam ni ceritanya, Lah ( aku panggil Lah je lah ) ni boleh dikatakan banyak berurusan dengan bank, boleh di kata selalu jugak dia ke bank dan banyak dari client dia datang dari kerani hingga lah ke pengurus bank, tapi ok yang tu aku tak heran sebab market Lah memang banyak datang dari situ. Yang herannya, dia sudah tangkap cintan sama sorang awek. Hahahaha.. ok tak lawak. This is serious matter!! Awek ni atau orang Kedah panggil marka, bukan kerani, tapi exec kat sebuah ternama di Malaysia. 

So aku tanya lah si Lah, 

Aku : Macamana hang hati hang bleh sangkut dengan dia Lah?

Lah : Mana aku nak tau Wan...asalnya aku just kawan kot jauh ja..lepaih tu dia jadi client aku..Jumpa la sekali tu kat luaq untuk sain borang proposal. Tapi balik rumah aku dok teringat kat dia..mampoih..aku kena bomoh ka Wan??

Aku : Haish!! Hang mengarut aih bomoh-bomoh ni..Sapa nak bomohkan hang, hang dengan aku lebih kurang sama ja, bukan hensem pun...gemuk dengan rambut pun tak sudi nk tumbuh dah. hahaha. Dak la ni aku heran macam mana hang bleh suka. Berapa lama dah hang kenai dia? Sebelum ni hangpa selalu ka contact?

Lah : Nak kata lama sangat tu dak lah Wan, start sembang bulan 6 ka 7 macam tu la.. Dalam sebulan sebelum aku keluaq jumpa dia untuk sain borang.. Rajin jugak la dok ber Whatsapp, Even kalau aku mengadu masalah pun dia call aku...kadang pakai fon opis dia pun ada. Immediately tanya aku ok ka dak kalau aku cakap aku masalah sikit. Ish boleh kata rajin jugak la mesej, on-off..

Aku : Habis tu la ni jadi macam mana?

Lah : Tak tau nak habaq la Wan, lepas-lepas sain borang tu, koi lama koi kurang dah mesej, kalau tak ada apa-apa macam nak tanya soalan ka, nak selesaikan soalan Guess The Emoji ka..mesti dia tanya aku.. la ni payah la..kalau aku whatsapp sepatah dia jawab la sepatah..tu pun kalau jawab la kadang-kadang. Selainnya memang aku baca balik la mesej yang aku hantaq tu. huhuhu.. pendek kata memang rasa beza dari hari tu Wan, hati ni dok tanggung rindu..tak tahan bro..hari-hari dok teringat dia..bawak keta pun dok teringat bro..parah!! parah!! parah!! (time ni Lah bangun cekak pinggang dah)

Aku : Parah dah hang ni Lah oiii..... aku pun tak tau nak habaq macam mana kat hang.

Lah : Macam tu lah Wan, hang tak tau nak habaq, aku ni lagi la...taktau nak pikiaq gumana dah, la ni kalau aku nak ajak sembang apa-apa pun jadi ralat, dalam hati dok bagi sedap kata dia sibuk. Jenis aku senang ja Wan, kalau rasa tak selesa, kalau rasa aku ni mengganggu, just habaq ja kat aku, Insyaallah aku faham, I will move to another space. Aku takmau orang rasa tak selesa sebab aku. Aku risau jugak takut orang ingat aku nak kat dia sebab dia exec.. tapi dalam masa yang sama aku sedaq diri Wan, Allah bagi jadi aku cukup macam ni, aku tak mampu nak puaskan hati orang atau buat orang suka kat aku dengan apa yang palsu dari diri aku. Just pendapat aku untuk diri aku je lah Wan...haha, kita sama bro, mesti hang faham apa yang aku rasa. Mungkin apa yang Allah bagi aku rasa dalam qolbu aku ni layak DARI JAUH saja..Wallahualam..

Aku : Mungkin dia sibuk kot Lah.... 

Lah : Ermm..mungkin betoi kata hang tu Wan,.. dia busy atau ada masalah dia yang tak mau share dengan aku..aku nak take care lebih sangat pun tak berani, takut orang meluat pulak..Jadi serba tak kena aku ni Wan oii... 

Aku : Takpa la Lah...hang amik masa untuk diri hang sendiri, minta Allah tunjukkan jalan untuk hang. Aku nak komen lebih-lebih pun aku tak pandai. Sabaq je la Lah..Yakin bahawa Allah sedang aturkan yang terbaik untuk hang..Hang rileks dulu, jangan mesej apa-apa even call pun jangan..Aku takmau nanti hang kecewa teruk sebab dok harap dia reply atau call hang balik. Tapi kalau dia call hang layan la dengan akhlak, raikan dia. Neutral kan diri, just don't drive yourself with your feeling. Hang lebih mulia dari aku Lah, Aku tau hang ikhlas dalam semua benda, hati aku tak selembut hati hang Lah. Allah sayang hamba yang berhati lembut ni Lah.


Itu lah sedikit sebanyak dialog aku dengan Lah malam tu..tak pernah-pernah dia mengadu hal-hal macam ni..terkejut jugak aku, tapi tugas sebagai sahabat, menjadi pendengar yang baik, jika ada buah fikiran, idea atau penyelesaiaan, kita boleh bagi kat dia.. Masih tunggu kot-kot ada update dari Lah, jumpa Selasa hari tu pun tengok macam berat dia nak senyum, Lah kalau macam tu ada lah masalah dia tu cuma tak tau berat ke ringan. Insyaallah kalau ada update dari dia aku coretkan lagi kat sini.

Comments

Popular Posts