Tapak Kaki Ejen Insurans

                                 




Dah masuk disember...genaplah aku 2 tahun dengan Prudential Assurance Malaysia Berhad sebagai seorang Quality Agent / Wealth Planner yang belum lagi berjaya. Dalam dua tahun jugak banyak rintangan atau halangan yang aku dah tempuh, macam-macam perangai manusia aku kena 'deal'... pendek kata, bukan semuanya manis jadi ejen insurans ni....

Masa adalah salah satu perkara yang amat penting dalam bidang insurans..siapa ingat masa buat kerja dalam bidang insurans ni sama macam 'office hour' dia patut betulkan semula atau reset balik persepsi dia. Waktu kerja orang insurans ni tak tentu masa sebab ini adalah bidang perkhidmatan, walaupun tak tentu masa, ianya bukanlah bersifat kekal...sementara saja..orang Kedah kata 'tara nak senang'

Sebab tu kalau ada pasang yang jadi ejen insurans baik lelaki atau wanita, mohon faham skop kerja pasangan anda...setiap waktu dia di luar berjumpa dgn orang memungkin dia untuk 'close case'. Kita tak tau Allah dah aturkan rezeki kita macamana.. dalam insurans ni kena jumpa orang dan 'buka mulut' ..tugas dia kena fahamkan prospek apa sebenarnya yang insurans akan cover...Aku akui, bukan mudah nak fahamkan prospek tentang 'benefit' dalam insurans, selalunya aku akan ambil masa dalam 1 jam 30 minit hingga ke 2 jam untuk terangkan segala faedah yang akan pelanggan dapat dan apa hak-hak sebagai seorang pemegang polisi insurans..kadang-kadang lebih waktunya.

Jadi tak perlulah kita nak mempersoal masa yang dia ambil di luar untuk berjumpa siapa saja yang dia rasakan bakal jadi client dia. kalau dah kahwin lain la...ada tanggungjawab di rumah..isteri dan anak-anak... sebab tu aku kata perkara ni bukan bersifat kekal... sifat sementara saja.. bagi pasangan yang ada salah seorangnya ejen insurans, sabarlah... pasangan kamu keluar jumpa orang niat cari rezeki mudah-mudahan dapat close case bukan untuk orang lain..untuk keselesaan kamu dan keluarga juga..untuk meneruskan kelangsungan hidup kata orang. Sebab apa dia kerja kuat? Sebab apa? sampai tengah malam pun masih berbaju kemeja, berseluar slack dan berkasut pejabat...kamu fikirlah sendiri..

Tengoklah ejen insurans yang dapat bekerja dengan tenang, tiada kekangan dan dia sendiri menjaga batas-batas dan tahu dimana dia berpijak.. Rezeki datang pun dengan senang. Bukannya aku nak up diri aku sendiri, tapi ini apa yang aku alami sendiri.. Dah 4 minggu aku dapat bekerja dengan tenang, tiada tekanan dan waktu aku yang amat fleksibel, baru aku dapat rasa betapa lancarnya rezeki yang Allah s.w.t turunkan kat aku dan baru berasa nikmat mudahnya menjemput rezeki.

Ok..ok...kita sambung lain waktu pula. Dah masuk waktu Maghrib dah. Nanti kita cerita pasal cabaran-cabaran lain pula dalam bidang insurans. Nanti baru akan nampak dengan jelas kenapa waktu dan ketenangan baru seorang ejen insurans ni sangat penting..hehe..bunyi macam bahaya ja....haha





Comments

  1. Nice observation... caiyok bro!!! caiyok!!! Bro... don't know how much you realize of your capability... but since we first met, I know... you CAN DO it!!!! Keep it up.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts