Pilihan dan keputusan
Setelah dinilai...di ambil kira pelbagai aspek..ditimbang yang mana berat yang mana ringan, selepas 8 bulan..aku kena buat 1 keputusan dam 1 pilihan. berat sebenarnya sedangkan aku sendiri tak pasti hala tuju aku..keputusan yang aku nk kena buat ni untuk kebaikan diri aku jugak.
Dah beberapa bulan aku bertahan. tapi nampak gayanya masuk bulan september ni aku dah tak boleh bertahan dan ambil mudah lagi. Rasanya aku dah bersedia dan aku takkan tinggalkan bisnes yang tengah jalankan sekarang ni..cuma aku perlu cari cabang rezeki tambahan bagi menampung kos hidup aku yang semakin meningkat. Dengan impian aku nak mengerjakan umrah tahun depan dan mendirikan rumah tangga (calon takde lagi hahaha) aku rasa aku kena bertindak dengan memilih jalan yang lebih efektif.
Harap-harap aku pilih jalan yang baik dan buat keputusan yang tepat. I do it for my living..
Comments
Post a Comment